Disclaimer
![]() Hello Peeps ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Nurul Afrina bt. Mohd Saufi here . Please be nice yaaa ? Thanks you :* Credits
| Kuatkan semangatmu...
Assalamualaikum, hi. Harini Fynaa nak post entry ni khas untuk sang kekasih hati yg selalu ada untuk Fynaa. Fynaa nak dia baca post ni. Fynaa harap dengan adanya post ni dapat naikkan lagi semangat dia. Ehem ehem, we start :)Sayang, Saya nak awak selalu ingat, setiap naik turun awak, saya selalu ada disamping awak untuk naikkan lagi semangat awak. Sebab awak punca kebahagiaan saya. Awak punca semangat saya. Sayang, saya taknak tengok awak sedih. Saya taknak tengok awak berduka. Awak tahu sebab apa? Sebab saya sayangkan awak. Saya tak rela tengok kesedihan yg dialami oleh orang yg saya sayang ni. Apa yg saya harapkan adalah senyuman, gelak tawa awak sayang. Itu yg buat saya rasa bahagia. Tanpa semua tu, saya tak kuat sayang. Tak kuat. Sayang, saya nak selalu dengar masalah awak. Selalu ada untuk awak. Selalu berada disamping awak. Sebab apa? Sebab saya takkan biarkan awak pikul masalah tu seorang diri. Saya adalah kekasih awak dan saya perlu tahu segala suka dan duka awak. Kita dah berjanji untuk berkongsi segalanya. Kita dah berjanji untuk tidak menyimpan lagi rahsia. Kita dah berjanji untuk luahkan segalanya. Sayang, andai ada masalah yg menganggu kotak fikiran awak. Luahkan dekat saya. Saya sedia mendengar dan saya akan memberi nasihat dekat awak. Saya akan kuatkan semangat awak. Saya akan bangkitkan semangat awak. Apa yg saya buat itu semua tanda cinta saya terhadap awak. Saya nak awak tahu yg saya selalu amek berat pasal awak. Saya selalu nak tahu semua masalah awak. Sayang, andai satu hari nanti saya dah lupus dari muka bumi ni, harapan saya adalah awak sentiasa ingat segala nasihat saya. Awak sentiasa ingatkan saya. Awak takkan lupakan saya. Dan kalau boleh, saya nak awak letak nama anak perempuan awak sempena nama saya. Supaya awak tak lupa saya. :') Bukan permintaan saya untuk pergi tinggalkan awak. Tapi seandainya, saya ditakdirkan pergi, saya harus pergi untuk menyahut seruan Ilahi. Kerana Dia adalah Kekasih Abadi. Sayang, saya nak kongsi seluruh kehidupan saya dengan awak. Saya nak semuanya kita kongsikan. Sayang, please be mine forever? :') Hidup saya dah tak ada erti tanpa awak. Hidup saya kosong tanpa awak. Susah senang saya, saya nak bersama dengan awak. Itu janji saya. Mungkin sebelum ni hati saya keras untuk menerima awak, tetapi sekarang awak yg dah melembutkan hati saya untuk sentiasa dekat dengan awak. Saya nak awak janji dengan saya. Setia dengan saya. Letak hati awak bersama sama hati saya. Sebab itu yg saya impikan dari awal percintaan kita. Itu yg penting untuk menjamin sebuah hubungan yg lebih baik. Sejak kita masuk 8 bulan 5 hari ini, saya dapat rasakan yg hubungan kita semakin matang. Kalau awak perasan, kita dah jarang bergaduh. Dah tak macam dulu lagi :') Saya dapat rasa yg hubungan kita semakin baik sayang. :') Bahagia rasanyaa :') Saya berharap agar Allah tetapkan awak menjadi jodoh saya. Kita sama sama doakan kayh? Sayang, saya mohon, awak kuatkan semangat awak untuk saya. Semua dugaan yg datang pada awak dan saya adalah ujian daripada Allah untuk kita. Allah nak tengok kita kuat ataupun tak dengan dugaan yg Dia berikan. Kuat untuk saya kayh sayang? I love you :'* Lots of love Misbahul Fynaa :* |