Disclaimer
![]() Hello Peeps ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Nurul Afrina bt. Mohd Saufi here . Please be nice yaaa ? Thanks you :* Credits
| Seorang sahabat, kakak, guru yg memahami...
Assalamualaikum. Hii! :) Harini dah 13 hari masuk ke tahun baru. Yeahh! :D Sudah semakin besar anak Encik Saufi dengan Puan Azizah ni :) Hahahahahaha okayh. Sebenarnya, niat Fyna nak post entry ni sebenarnya nak cerita pasal seseorang. Yaaa. Seseorang. Dia pernah ada untuk Fyna dulu. Waktu Fynaa betul betul perlukan dia. Walaupun jarak umur yg jauhh berbeza, tetapi dia faham Fynaa. Dia mengerti keluhan Fynaa. Dulu, Fynaa selalu jugalah jumpa dengan dia. Setiap malam Jumaat dengan malam Sabtu, Fynaa akan berjumpa dengan dia. Dia seorang sahabat, seorang kakak, juga seorang guru yg baik untuk Fynaa. Seingat Fynaa dulu. Sewaktu Fynaa jatuh, Fynaa bangkit kerana dia. Sewaktu Fynaa sedih, Fynaa bahagia kerana dia. Sewaktu Fynaa kesepian, dia yg mengisi kekosongan itu. Dia telah memberi banyak kata kata semangat untuk Fynaa. Menaikkan lagi semangat Fynaa. Memberi Fynaa kekuatan. Masih lagi Fynaa ingat sewaktu pertama kali mengenali dia. Dengan gelaran "cikgu", membuatkan Fynaa rasa macam tak berapa selesa untuk berkongsi masalah. Lepas je bertukar tukar number phone, kami selalu mesej. Ingat lagi soalan pertama Fynaa tanya dekat dia "Cikgu, cikgu kenal tak ni sapa?" And dia kata "sapa?" Hahaha niat tu nak kenakan dia tapi takut nanti dia terus tak reply mesej Fynaa. Bila dah text, macam macam yg kitaorang kongsi bersama. Sampai satu hari tuh, Fynaa betul betul down. Fynaa hilang seseorang. Dan rasanya tak perlu diberitahu siapa. Fynaa berkongsi cerita dengan dia. Dan dia banyak bagi nasihat dekat Fynaa. Setiap kali mesej, dia akan tanya, "Awak okayh?" Dan Fynaa pernah menangis dekat dia. Yaa. Masa tu Fynaa perlukan seseorang yg faham perasaan Fynaa. Dan dia selalu ada untuk Fynaa. Dia cakap dengan Fynaa, kuatkan semangat. Terima dugaan yg mendatang dengan hati yg terbuka. Dan yg paling penting, jangan pernah putus asa kerana bila kita putus asa, macam macam boleh jadi. Kita lemah masa tu, syaitan akan menghasut untuk mengikut kehendaknya. Fynaa ikut nasihat dia satu persatu. Dan sekarang, Fynaa bangkit semula kerana nasihat dia. Fynaa ingat nasihat dia. :') Apa yg Fynaa nak cakap sebenarnya, Fynaa rindukan dia. :'( Fynaa rindukan nasihat yg dia bagi dekat Fynaa dulu. Fynaa rindu bergurau dengan dia. Bagi Fynaa, dia bukan sahaja seorang guru. Tapi dia jugalah sahabat Fynaa dan dia jugalah kakak Fynaa. Sejak keluar daripada silat, Fynaa dah tak dengar lagi cerita pasal dia. Fynaa dah terputus hubungan dengan dia. :'( Ya Allah, Fynaa rindu dia. :'( Fynaa berharap satu hari nanti Fynaa akan jumpa dia lagi. Amin :')"Dia" yg Fynaa ceritakan ini adalah salah seorang guru silat Fynaa. Sejak pertama kali Fynaa kenal dia, dia dah faham Fynaa. Dia selalu beri Fynaa kata kata semangat. Dia adalah NURELIZA AISYAH :') Cikgu, Fynaa rindukan cikgu :'( |