Never Perfect

Disclaimer


Hello Peeps ! Welcome to My world . Please don't copy anything here . Be a good girl and boy . Nurul Afrina bt. Mohd Saufi here . Please be nice yaaa ? Thanks you :*

Entries About Friends HeartBeat

 

Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Wanie Yunos
Others:   
Jauh...
Assalamualaikum and hi silent reader. Today's entry may be a long entry ever. Maybe. Sebab banyak benda Fynaa nak write dekat sini. Hm. For the starting, Fynaa felt sad. Seriously. Its been almost a week Sayang be apart with me. Dia ada dekat Tapah sekarang. And he will be there for 3months. Satu jangka masa panjang yang bebetul luar jangkaan. At first, my feeling mestilah sedih. Siapa tak sedih kan? Orang yang kita sayang jauh dengan kita? Hmmm. Fynaa berharap satu benda je masa dia belum pergi sana. "Mudah mudahan masa check up Sayang fail." Tapi yang jadi? Sebaliknya. Ya Allah, sedihnya dalam hati ni takda siapa boleh tahu. Then bila jumpa kawan-kawan, dorang mengejek 3bulan 3bulan tapi Fynaa melayan je. Malas nak mengamuk ke apa ke. Sebab kawan kan? Buat apa nak take serious? :) Last jumpa Sayang, Rabu lepas (2/4/2014). Itulah yang terakhir. Masa dia last dekat Kajang, Fynaa tak dapat jumpa dia. Ya Allah sedihhhhhhhhhhh. :'( Ingat nak hantar Sayang dekat Hentian Kajang hanya disebabkan abah kerja. Sepanjang hari-hari terakhir dia dekat Kajang, banyak sangat halangan nak jumpa dia. Mungkin ni ujian Allah untuk Fynaa belajar hidup jauh dengan Sayang untuk 3bulan ni. Agaknya lah kan? Sebelum beberapa minggu Sayang pergi PLKN, Fynaa ada bagi dia hadiah. Puzzle siap frame. Memang nak buat suprise tapi Sayang macam tahu. Kita rewind apa yang jadi ek? Hehe :) Masa tu Fynaa dengan Sayang lepak, lepastu Sayang main phone. Fynaa banyak kali rampas phone Fynaa sebab taknak bagi dia check sebab ada gambar present Sayang. Tapi, bila Fynaa leka, dia main phone and mungkin dia tahu yang Fynaa dah siapkan hadiah untuk dia. Lepas je dia main phone Fynaa, dia terus cakap "Sayang takda homework?" Fynaa tak rasa apa lah masa tu sebab Sayang memang selalu tanya ada homework ke tak. Fynaa cakaplah ada. Terus dia kata "nak check beg boleh?" Masa ni Fynaa pelik sangat sangat. Kalau boleh diukur tahap kepelikan yang Fynaa hadapi masa tu mungkin around 90%. Hahah :D Fyna cecepat cakap "homework nantilah buat kat rumah. Penat lah nak buat sekarang." Dia pun terus pandang je. Fynaa rasa masa tu dah tak senang duduk. Takut dia tahu. Fynaa pun cakaplah "Sayang, amek kan beg kejap?" Dia amek and dia nak buka, Fynaa rampas beg dari dia. Fynaa buka zip and buat buat tanya Sayang "Plastic sapa lah ni. Aihh. Sayang amek jap. Tengokkan sapa yg punya. Takut ada yang tercicir." Sayang taknak amek pula plastic tu. Fynaa paksa paksa baru dia amek. Bila dia keluarkan puzzle tu, Fynaa terus senyum. Then Fynaa suruh dia baca surat yang Fynaa selit sekali dalam plastic tu. Dia baca and silent for a while. Fynaa tanya dia "Okayh tak sayang?" Dia pandang Fynaa, dia nangis and he said "Terharu lah macam ni. Thankyou sayang". Sambil menangis tu boleh cakap. Sayang sayang :) Lama juga lah sesi sedih tu berlangsung. And lama juga lah nak pujuk Sayang suruh berhenti nangis sebab Sayang ni hati dia kecil sangat. Macam hati perempuan. Mudah tersentuh. Fynaa ada pesan dekat dia, bawa lah frame ni pergi PLKN nanti. Kalau rindu boleh tengok, dia kata taknaklah. Nanti rosak. Hahah sayang sayang. memang macam tu perangai. Bila ingat balik apa yang jadi masa tu, memang nak nangis. Sebab rindukan dia sangat. Rindu yang mendalam. Sayang balik pun nanti sehari sebelum puasa. Mana nak sempat lepak dulu ke apa ke. Mungkin bulan 5 nanti dia balik cuti. In shaa Allah kalau diizinkan, nak keluar dengan dia. Nak celebrate birthday dia yang ke 18. In shaa Allah. Aihh. Tak pernah rasa seminggu tak contact. Ni kira berapa kali seminggu bakal jumpa. Dapat contact pun cuti Sabtu Ahad. Ingat lama sangat ke Sabtu Ahad tu? Kejap sangat tahu tak? Tapi Fynaa cuba juga tabahkan taknak tunjuk sedih ni dekat Sayang sebab taknak dia risau, mood down, sedih semua tu. Sebab Sayang mudah tersentuh. Ya Allah, berilah aku kesabaran yang tinggi sepanjang Misbahul jauh dari aku ya Allah. Tetapkan hatiku untuknya ya Allah. Begitu juga dengannya ya Allah. Aku terlalu sayangkan dia. Terlalu cintakan dia keranaMu ya Allah. Aku menerimanya dalam hidupku keranaMu ya Allah. Kerana aku tahu, Engkau memberikan jodoh yang terbaik untukku ya Allah. Aku berharap agar dia sentiasa mengingatiku ya Allah. Sentiasa mengingati semua perngorbananku kepadanya ya Allah supaya hubungan ini kekal hingga akhir hayat kami ya Allah. Aamiin ya rabbal alamin :')
Sayang, kalau sayang baca entry ni, saya nak awak tahu satu benda je. Sepanjang 3bulan ni, saya jaga batas pergaulan saya dekat kawan-kawan saya. Saya belajar banyak erti setia. Saya belajar banyak erti pengorbanan. Saya belajar banyak erti kesabaran. Ada hikmah disebalik semua ni sayang. Saya lebih menghargai awak sebagai pasangan saya sayang :') Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Memberi cahaya yang hilang dalam diri saya. Menyokong saya tidak kira apa jua yang saya hadapi. Sentiasa memberi semangat kepada saya dan yang paling penting, terima kasih sebab terima keluarga saya sama seperti awak terima saya. Saya tak minta lebih. Saya minta kesetiaan, kejujuran. kasih sayang tulus ikhlas dari awak. Itu je sayang. Saya sayangkan awak sangat sayang. Saya perlukan awak. Saya harap awak tak sia-siakan saya. Dan saya tunggu awak tunaikan janji awak yang pernah awak janjikan kepada saya. I love you to the moon and back :'*



Older Post | Newer Post